R n R ANSAR (ANSAR Rest House) merupakan Rest House pertama di Malaysia yang memperkenalkan Program Rehat & Selia dengan menyediakan kaedah Purified Water, Makanan Sunnah dan aktiviti kerohanian.
Rahsia kebahagiaan di Ansar Rest House adalah hidangan yang membantu mendetoksifikasi bahan-bahan kotor dan toksin yang tersimpan lama di dalam badan dengan minuman Purified Water yang menyegarkan.
Pemakanan sunnah seperti kurma ajwa dan madu asli juga disediakan dalam usaha meraih berkat untuk menambah baik daya imuniti tubuh dan menjadi penawar pelbagai penyakit.
Pelbagai aktiviti kerohanian turut disediakan dalam usaha untuk mengundang rahmat Ilahi serta mendekatkan diri kepada Allah seterusnya melahirkan ketenangan,ketenteraman dan kedamaian di jiwa anda.
IN SHAA ALLAH
Madu adalah penyembuh bagi segala penyakit dan Al-Qur'an adalah penyembuh terhadap apa yang ada di dalam dada. Maka bagi kalian terdapat dua penyembuhan; Al-Qur'an dan madu."
(HR. Ibnu Majah, 3452 dari hadist Ibnu Mas'ud).
Minuman yang menyegarkan yang membantu mendetoksifikasi bahan-bahan kotor dan toksin yang tersimpan lama dalam badan serta meningkatkan kesihatan tubuh badan dengan izin Allah.
“Sesiapa yang memakan tujuh biji kurma Ajwah pada waktu pagi, tidak akan memberi mudarat sebarang racun mahupun sihir kepadanya pada hari tersebut.”
[HR al-Bukhari (5445) dan Muslim (2047)]
ANSAR Rest House dilengkapi dengan pelbagai fasiliti dan kemudahan seperti bilik tidur yang selesa lengkap dengan Penghawa Dingin, Wifi, Bilik Air dengan Pemanas Air, shower , Ruang Makan yang selesa dengan pencahayaan semulajadi, Ruang Tamu yang luas, Ruang Solat , balkoni dan halaman yang luas untuk aktiviti senaman pagi dan lain-lain ruang menarik untuk tetamu menikmati percutian 3 Hari 2 Malam dengan selesa, tenang dan jauh dari kesibukan kota